Setelah
pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan
penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci
terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Kebencian Abu Jahal
ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab
terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.
Melihatkan
agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy
di dalam suatu perhimpunan, "Hai kaumku! Janganlah sekali-kali
membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran barunya dengan sesuka hatinya.
Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang kita, dia
mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu
sekalian, bahwa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk
dibalingkan ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu,
terserahlah kepada kamu semua samada mahu menyerahkan aku kepada
keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya. Biarlah
orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai."
Tatkala
mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang menghadiri
perhimpunan itu berkata secara serentak kepadanya, "Demi Tuhan, kami
tidak akan sekali-kali menyerahkan engkau kepada keluarga Muhammad.
Teruskan niatmu."
Orang
ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar kata-kata
yang diucapkan oleh Abu Jahal bahwa dia akan menghapuskan Muhammad
kerana jika Abu Jahal berjaya menghapuskan Nabi Muhammad Shallallahu
Alaihi wa Sallam bererti akan terhapuslah segala keresahan dan kesusahan
mereka selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah Shallallahu
Alaihi wa Sallam menyebarkan agama Islam di kalangan mereka.
Dalam
pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira
perbelanjaan untuk mengadakan pesta sekiranya Nabi Muhammad Shallallahu
Alaihi wa Sallam berjaya dihapuskan. Pada pandangan mereka adalah mudah
untuk membunuh Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam yang dikasihi
oleh Tuhan Yang Maha Esa serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah
tidak akan sekali-kali membiarkan kekasih-Nya diancam dan diperlakukan
seperti binatang.
Dengan
perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal pun terus
pergi ke Kaabah iaitu tempat biasa Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa
Sallam bersembahyang. Dengan langkahnya seperti seorang satria, dia
berjalan dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi
oleh beberapa orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak
kawan-kawannya ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan
menghempapkan batu itu di atas kepala Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi
wa Sallam.
Sepanjang
perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad nanti
setelah kepalanya dihentak oleh batu itu. Dia tersenyum sendirian
apabila membayangkan kepala Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam
pecah dan tidak bergerak lagi. Dan juga membayangkan bagaimana kaum
Quraisy akanmenyambutnya sebagai pahlawan yang telah berjaya membunuh
musuh nombor satu mereka.
Sebaik
saja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam baru saja sampai dan hendak
mengerjakan sembahyang. Dalam pada itu, Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi
wa Sallam tidak menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya
di situ. Baginda tidak pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh
Abu Jahal terhadap dirinya pada hari itu.
Sebaik-baik
saja Abu Jahal melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam telah
mula bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang
menuju ke arah Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam. Abu Jahal
melangkah dengan berhati-hati, setiap pergerakannya dijaga, takut
disadari oleh baginda.
Dari
jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur
gembira. Dalam hati mereka berkata, "Kali ini akan musnahlah engkau hai
Muhammad."
Sebaik
saja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa
Sallam dan menghayun batu yang dipegangnya itu, tiba-tiba secepat kilat
dia berundur ke belakang. Batu yang dipegangnya juga jatuh ke tanah.
Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi seolah-olah tiada
berdarah lagi. Rakan-rakannya yang amat ghairah untuk melihat Nabi
Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam terbunuh, tercengang dan saling
berpandangan.
Kaki
Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat melangkahkan
kaki walaupun setapak. Melihatkan keadaan itu, rakan-rakannya segera
menarik Abu Jahal dari situ sebelum disadari oleh baginda. Abu Jahal
masih terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya.
Sebaik
saja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar
untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya
bertanya, "Apakah sebenarnya yang terjadi kepada engkau, Abu Jahal?
Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala Muhammad ketika
dia sedang sujud tadi?"
Akan
tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin keheranan. Abu
Jahal yang mereka kenali selama ini seorang yang lantang berpidato dan
menyumpah seranah Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam, tiba-tiba saja diam
membisu.
Dalam
pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian yang baru
menimpanya tadi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang
dilihatnya, malah dia sendiri tidak menyangka perkara yang sama akan
berulang menimpa dirinya.
Perkara
yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu Rasulullah Shallallahu
Alaihi wa Sallam pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani
mengadu kepada baginda bahwa Abu Jahal telah merampas hartanya. Pada
masa itu Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada baginda apabila dia
terpandang dua ekor harimau menjadi pengawal peribadi Rasulullah
Shallallahu Alaihi wa Sallam.
Kemudian
setelah habis mereka menghujani Abu Jahal dengan pelbagai soalan, maka
Abu Jahal pun mula bersuara, "Wahai sahabatku..! Untuk pengetahuan kamu
semua, sebaik saja aku menghampiri Muhammad hendak menghempapkan batu
itu ke kepalanya, tiba-tiba muncul seekor unta yang besar hendak
menendang aku.
Aku amat terkejut kerana belum pernah melihat unta yang
sebegitu besar seumur hidupku. Sekiranya aku teruskan niatku, nescaya
akan matilah aku ditendang oleh unta itu, sebab itulah aku berundur dan
membatalkan niatku."
Rakan-rakan
Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan itu, mereka tidak
menyangka orang yang selama ini gagah dan beria-ia hendak membunuh Nabi
Muhammad Shallallahu Alayhi wa Sallam hanya tinggal kata-kata saja.
Orang yang selama ini diharapkan boleh menghapuskan Nabi Muhammad
Shallallahu Alaihi wa Sallam dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap
seperti tin kosong saja.
Setelah
mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan hati itu, maka
mereka pun berkata kepada Abu Jahal dengan perasaan keheranan, "Ya Abu
Jahal, semasa kau menghampiri Muhammad tadi, kami memerhatikan engkau
dari jauh tetapi kai tidak napak akan unta yang engkau katakan itu.
Malah bayangnya pun kami tidak nampak."
Rakan-rakan
Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang diberikan oleh Abu
Jahal.
Mereka menyangka Abu Jahal sentiasa mereka-reka cerita yang karut
itu, mereka mula hilang kepercayaan terhadapnya. Akhirnya segala
kata-kata Abu Jahal mereka tidak berapa endahkan lagi.
SELAMAT DATANG DI NOTE UNTUK KAMU
SELAMAT DATANG DI NOTE UNTUK KAMU
Blogger ini muncul berdasarkan dari beberapa permintaan saudara-saudariku semua..
Alhamdulillah akhirnya tercapai juga dan selesai sudah blogger ini dibuat...
Namun kesempurnaan blogger ini belumlah maximal.
Semoga dihari..hari mendatang dapat disempurnakan blogger ini
Dan blogger ini tercipta dan ada... karena... diri saudara-saudariku semua..
Dan...tiada artinya blogger"NOTE UNTUK KAMU" ini.. jika saudara-saudariku tidak berada didalamnya....
Salam Ukhwah..........
Blogger ini muncul berdasarkan dari beberapa permintaan saudara-saudariku semua..
Alhamdulillah akhirnya tercapai juga dan selesai sudah blogger ini dibuat...
Namun kesempurnaan blogger ini belumlah maximal.
Semoga dihari..hari mendatang dapat disempurnakan blogger ini
Dan blogger ini tercipta dan ada... karena... diri saudara-saudariku semua..
Dan...tiada artinya blogger"NOTE UNTUK KAMU" ini.. jika saudara-saudariku tidak berada didalamnya....
Salam Ukhwah..........
No comments:
Post a Comment